Monday, March 26, 2012

Kisah si Pengemis


Tersebutlah kisah sepasang suami isteri yang sedang bersiap untuk menikmati hidangan ayam panggang di meja makan. Mereka hidup dalam kemewahan. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk oleh seorang pengemis. Si isteri ingin memberinya makanan, akan tetapi suaminya pula mengherdik dan mengusir pengemis itu.

Tidak berapa lama kemudian, perniagaan si suami mengalami kerugian. Kekayaannya terus lenyap. Selain itu, dia juga bercerai dengan isterinya kerana perangainya yang buruk.Bekas isterinya nikah lagi dengan seorang lelaki yang baik perangainya dan serba cukup pendapatannya.

Suatu hari, wanita itu sedang bersiap untuk menikmati hidangan ayam panggang di meja makan bersama suami barunya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk oleh seorang pengemis.

“Tolong berikan makanan kita kepadanya,” kata si suami kepada isterinya.

Wanita itu mematuhi kata suaminya.

Ketika kembali, wanita itu menangis tersedu-sedu.

“Apa yang membuatmu menangis?” tanya suaminya.

“Pengemis tadi adalah bekas suamiku. Dahulu, kami juga pernah didatangi oleh pengemis ketika tengah menikmati hidangan, lalu ia mengherdik dan mengusir pengemis itu. Sekarang, ternyata dia pula yang menjadi pengemis.”

Suaminya berkata lembut, “Tahukah engkau, pengemis yang dulu diusirnya itu adalah aku.”

2 comments:

izfanora said...

subhanallah.. terasa takut pula baca entry ini.. sekarang, hampir semuanya dibalas di dunia.. semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-Nya yang dipelihara.. amin..

cik_mazni said...

hukum karma...baik dibalas baik, jahat dibalas jahat..Allah Maha Adil, cuma manusia sungguh lalai sifatnya...moga kita semua tidak tergolong dalam golongan sebegitu..amin..

Post a Comment