Monday, March 29, 2010

Salam Ziarah ke rumah En. Ali

Saya dan beberapa kawan sukarelawan Salam Kuching & Pelajar Unimas pergi melawat rumah En. Ali dan sekeluarga di Kampun Pelaie, Samarahan dengan maksud untuk ziarah & melihat sendiri keadaan mereka setelah mendapat berita tentang kedhaifan yang melanda hidup mereka.

Kami difahamkan mereka sekeluarga bukan orang tempatan, tapi telah berhijrah setelah membeli tanah yang luasnya hanya sekangkang kera. Ketika kita tiba di rumah En Ali, anak-anaknya tiada di rumah kerana menghadiri kelas agama. En Ali sendiri pula merupakan mualaf berbangsa iban. Kerja mereka suami isteri untuk menampung nafkah hidup ialah mencari besi buruk kerana En Ali pernah kemalangan yang menyebabkan pergerakan kakinya agak terbatas. Atas alasan tersebut, dia diberhentikan kerja oleh majikannya.

Sepanjang kami berada di sana, isterinya lebih banyak berbicara berbanding En. Ali sendiri (pendiam tapi murah dengan senyuman). Saya tidak dapat berada lama dalam rumah tersebut, sebab memberi peluang kepada rakan sukarelawan yang lain duduk mendengar kisah hidup mereka sekeluarga (agak bahaya untuk naik ramai-ramai ke rumah mereka atas sebab keselamatan).

Sekiranya, ada sesiapa yang untuk menderma makanan kering seperti beras, garam, gula dan sebagainya, boleh menghubungi Hamzah Saufi di talian - 0138202198


Jalan masuk ke Kampung Pelaie


inilah parit tempat mereka sekeluarga mandi





anak kucing kesayangan mereka

Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga. Aminnn
Sukarelawan-sukarelawan bergambar dengan keluarga En Ali

12 comments:

Penabahari said...

Salam Iman,
Saya kagum dengan usaha Iman dan kawan-kawan. Saya ingin bawa perkara ini dalam perbincangan dengan sdr Saiee kerana hari itu kita bersetuju menggerakkan usaha sumbangan terhadap anak yatim. Saya rasa kes seperti ini perlu juga kita perhatikan.

Teh O said...

Salam uncle,
kredit harus diberi kpd Pn. Ida (kalau tak silap saya) & Hj Hamzah kerana mereka berdua yang prihatin dengan keadaan keluarga ini dan mengajak sukarelawan lain untuk zirah keluarga en Ali.. cadangan yang bagus uncle, harap-harap panjangkan cerita ini :)

SUHAIDA SUPALIO said...

Semoga keluarga mereka dilindungi Allah..tahniah to sukarelawan SALAM..

Teh O said...

mudah-mudahan su :) aminnn

diksi said...

Salam saudara Teh O,

"terima kasih datang ke laman DIKSI, serta 'add' pula ke laman saudara",

"saya berpuisi sekadar hobi, jika saudara suka membacanya - itu saya hargai amat".

Teh O said...

Salam Cikgu..

Saya memang meminati seni puisi.. insyaAllah saya akan selalu mengunjung ke teratak cikgu

Kenyalang said...

Man..satu gerak kerja yg pantas. Maaf sy hanya mampu memberi arahan kepada Hamzah apa ptt di buat alhamdulillah u poeple did a great job there. Adila..adalah volunteer Salam yg sentiasa bergerak dalam masyarakat terutama skli di kawasan Samarahan. Kt byk berkongsi ttg keperluan amsyarakat disana. Apa yg Sukarelawan kita perlu belajar adalah membeza antara keperluan dan kemahuan. Sy berharap dgn pendedahan begini, sukarelawan salam akan peka akan keperluan idnividu spt keluarga ini. Keperluan utama adalah rumahnya perlu diangkat. Jika blh cari mereka yg boleh membantu utk mengangkat rumah..mereka tidak minta rummah baru..itu yg sy fahami dari Adila. By the way Adila is fr Melaka.Dia amat terharu dgn 'gerak pantas u all ':)))

jeansLusuh said...

berat mata memandang berat lagi bahu memikul .. semoga keluarga ini senantiasa dilindungi dan dirahmti yang ESA, semoga keimanan mereka tidak goyah dengan cubaan ini .. para Relawan : segala titik peluh anda insyaALLAH akan dicatatkan olehNYA bagi bekalan mendatang ..

erolnukman said...

kesian nanggar keadaan rumah cdak nya oo..sikda rumah bantuan kerajaan ya ka?ataupun terlepas pandang...

Teh O said...

Kak, volunteer kita sgt perlu individu yang alert mcm Puan Adila.. kelebihan yang ada kat kak Adila tak semua ada sebab dia sentiasa bergerak & mncari.. tugas kami hanya melaksana apa yang patut dilaksana.. kita akan cuba buat sedaya yang mampu untuk mmbantu keluarga En Ali.. harap2, semakin ramai awam 'terjun' dalam lautan sekarelawan kerana lpas ini akan byk lagi tugas2 seumpama ini

jeanlusuh : insyaAllah, mendengar cerita isteri En Ali, anak-anak mereka sgt berminat mendaami ilmu agama.. mudahan jd bekalan hidup di dunia & akhirat.. aminn

erol : bkn kerajaan terlepas pandang, cuma sidak ya org dtg.. kmkorg kenalpasti puncanya adalah sebab belum daftar untuk dimuat dalam database perangkaan. ya antara usaha sukarelawan kelak, memastikan keluarga tok dah bedaftar.. mudah untuk mohon bantuan

Nikolai said...

aku doakan agar en ali tabahkan hatinya. ya mungkin dugaan dari allah untuk nya dan keluarganya.. harap lepas tok sidak pun penderitaan dapat d kurangkan sedikit.

Teh O said...

mudah-mudahan.. sik mampu tolong cara lain, tolong doa sebagai ikhtiar terakhir.. aminnn

Post a Comment