Monday, April 9, 2012

Bilal bin Rabah menziarahi Rasulullah SAW


Ketika Rasulullah wafat, keadaan para sahabat baginda tergamam tidak terkata apa-apa. Bahkan ada yang hilang kewarasannya. Umar al-Khattab mengembarkan pedangnya dan mengugut sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat. Uthman Affan terus mengunci bicara. Ada sahabat yang meninggal dunia mendengar berita itu. Tapi Bilal pula terus meninggalkan Madinah.

Pada suatu hari Bilal bin Rabah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Rasulullah menyatakan bahawa Bilal sudah lama tidak menziarahinya. Lalu Bilal pulang ke Madinah . Apabila Bilal pulang, sahabat-sahabat rindu hendak mendengar azannya, lalu meminta dia azan.

Akhirnya Bilal melaungkan azan sebagaimana dia sering mengalunkan azan ketika masih bersama Rasulullah SAW. Ketika dia mengalunkan azannya, semua orang yang pernah hidup pada zaman Rasulullah keluar dari rumah, mereka seakan-akan terpana dengan azan Bilal dan seperti kembali ke zaman Rasulullah masih hidup. Hingga ada yang berkata, "Adakah Rasulullah telah hidup kembali?"

Tiba-tiba azan Bilal terhenti apabila sampai pada kalimah "Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah Rasulullah" dan dia menangis dengan penuh hiba. Bagi Bilal, seakan-akan masih basah ingatannya bahawa selepas dia azan, Rasulullah akan bersama para Muslimin untuk bersolat. Seluruh Madinah ketika itu basah dengan airmata bersama Bilal.

2 comments:

موسليماتوصليها said...

terima kasih teh secawan. sy suka entry ni :')

uMMi diNiy said...

Sedih memacanya..

Post a Comment