Friday, April 6, 2012

Kisah Mangkuk Cantik, Madu & Sehelai Rambut


Rasulullah sallallahu'alayhiwassalam bersama sahabat-sahabatnya Saidina Abu Bakar r.a. Saidina Umar r.a. dan Saidina Usman r.a.bertamu ke rumah Saidina Ali r.a. Di rumah Saidina Ali r.a., isterinya Saidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Saidina Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Saidina Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut".

Saidina Usman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Saidina Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Saidatina Fatimah r.ha. berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril a.s. berkata, "menegakkan bahagian-bahagian agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah Taala berfirman, " SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

2 comments:

CINTAsebenarcinta said...

Banyak perbandingan yang dapat dibuat rupanya.Hebat. =)

موسليماتوصليها said...

Allahuakbar. perkongsian hebat, jaza

Post a Comment