Tuesday, October 5, 2010

Siapakah sahabat kita?


Terdapat satu kisah menarik yang dipetik daripada kitab "Al 'Eitidal Fi Maratibur-rijal" karangan Hadrat Syeikh Maulana Zakariya Rah. untuk berkongsi dengan semua. Kisah ini amat menakutkan dan mempunyai hikmah yang besar sebagai pengajaran kepada semua. Hadrat Mujaddid Alf Thani Rah. menulis di dalam kitabnya "Makatib" bahawa:

"Suatu ketika aku telah menziarahi seorang yang sakit. Apabila aku tiba di sana aku dapati bahawa dia berada di dalam keadaan nazak. Lalu aku melakukan tawajuhku keatasnya dan mendapati hatinya telah di selubungi oleh suatu kegelapan. Kemudian, aku melakukan tawajuhku ke atasnya pada kali yang kedua yang mana lebih lama bagi tujuan menghalau kegelapan tersebut. Namun aku dapati kegelapan itu disebabkan oleh pergaulannya dengan orang kafir dan ia tidak dapat dihilangkan melainkan dengan api neraka." (Maktab, jilid 1, para 5)

Keterangan:

Maksud daripada 'melakukan tawajuhku' adalah satu proses renungan kerohanian yang mendalam oleh seorang yang ahli dan merupakan wali Allah. Ini adalah satu anugerah dan biasanya terdapat pada Ahlullah yang mana boleh melihat keadaan hati seseorang. Begitu juga dengan Syeikh2 tarikat. Mereka akan menilai hati anak murid mereka sebelum memberikan sebarang amalan supaya anak muridnya dapat menampungnya. Setiap mereka yang mendampingi Syeikh2 tarikat akan ditarbiyah sesuai mengikut kemampuan hati mereka. Maka inilah yang dimaksudkan dengan istilah di atas.

Oleh kerana sentiasa bergaul dan mendampingi orang kafir, maka hati seseorang akan cenderung kepada kemaksiatan. Percakapan, penglihatan, pendengaran dan semua perkara akan menjadi rosak serta memberikan kesan kepada hati. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.aw bersabda di dalam sebuah hadith yang mafhumnya: "Sahabat yang baik adalah seumpama penjual kasturi. Walupun tidak membeli kasturinya, namun bau kasturi itu juga turut di dapati. Manakala sahabat yang jahat adalah seumpama penjaga dapur arang yang mana bau busuk daripada dapur juga akan terkena".

Suasana pergaulan amat memberi kesan kepada hati. Hadrat Syeikh Maulana Ilyas Rah berkata bahawa setiap kali beliau menghadiri ijtima' dan membuat usaha dakwah kepada umum, maka adalah penting untuk bersama dengan ahli zikir dan ahli haq. Kemudian, beliau akan beri'tikaf di masjid beberapa hari sambil berzikir, membaca quran dan bermuraqabah untuk mensucikan hati hasil daripada pergaulan sekeliling. Ternyata hasil daripada pergaulannya dengan masyarakat awam menyebabkan hatinya kehilangan banyak nur rohani. Dan untuk itu, amalan2 agama diperlukan untuk memperolehinya kembali.

Terdapat di dalam sebuah riwayat bahawa sekali Rasulullah s.a.w telah mengimami solat dan apabila sampai ke satu ayat yang mutasyabih (kerana ayat yang berulang2) Rasulullah s.a.w telah terkeliru. Sebaik sahaja selesai bersolah, Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya: "Dikalangan kamu ini, ada seorang yang tidak sempurna wudhuknya". Di sini bermaksud bahawa, hasil ketidak sempurnaan dalam amal seseorang juga boleh mendatangkan kesan yang ketara kepada orang lain. Ini baru sahaja bercakap mengenai tidak menyempurnakan amal, apatah lagi sekiranya pergaulan kita dengan mereka yang meninggalkan terus amalan agama.

Nah!! Lihatlah betapa besarnya pengaruh orang sekeliling terhadap kita. Tempias kesan kemaksiatan akan tersebar melalui pergaulan sekiranya tidak dijaga dengan adab dan niat yang sempurna seperti niat untuk berdakwah dan ikram kepada mereka. Sekiranyanya pergaulan kita dengan mereka yang fajir dan fasiq, maka sifat2 mereka juga akan terkena pada diri kita. Dan sekiranya pergaulan kita bersama Ahlullah dan mereka yang soleh lagi bertaqwa, maka hati kita akan bersih cemerlang.

1 comments:

Unknown said...

Saya faham.. terima kasih atas kesedaran ini(InsyaAllah)...

Post a Comment