Diceritakan oleh bapa saudara mangsa
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu
panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal
kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut
Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah
Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21
tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia
Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat
mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di
bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja
solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang
tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.
Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang
mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba
mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah
masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah
mati kerana nampak seperti sedang tidur.
Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan
dadanya.Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman,
selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika
menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan
pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia
berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.
Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan
sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita
mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.
Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan
orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini
seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja
agama.
Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau
beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah
tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan
Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas
ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya
supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh
daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya
terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah
telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.
wassalam
1 comments:
Ya Allah... SubhanAllah...
Post a Comment