Monday, October 18, 2010

Fadhilat bersugi/bersiwak


Sesetengah fadilat: Bersugi iaitu dua rakaat sembahyang dengan mengosok gigi terlebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa mengosok gigi.
"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan kesukaran maut. Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)

Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati."

(Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus) Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)

Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut. Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan. Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendiran dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi gigi, berpuasa (seperti Isnin dan Khamis pada setiap minggu) dan membaca al-Quran.

Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama' pula telah menyenaraikan lebih 70 faedah dan kelebihan bersugi atau bersiwak. Antaranya ialah mempertajamkan ingatan, menambahkan kecerdasan, menghilangkan balgham, menerangkan mata, memutih dan mencahayakan gigi, ubat kepada kebanyakan penyakit jika menggunakan secara tetap, menahan gigi dari reput, memberi nur kepada wajah orang yang selalu menggunakannya, menghilangkan kekuningan gigi. melawaskan suara, menimbulkan selera makan, menolong menghadamkan makanan, menghilangkan sakit gigi dan menambahkan kefasihan lidah.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ). Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Masa disunatkan bersugi Sunat bersugi pada tiap-tiap keaadan dan yang terlebih kuat dituntut pada ketika hendak membaca al-Quran, ketika hendak sembahyang kerana sabda nabi saw: لو لا أن أشق علي أمتى لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة وفي رواية عند كل وضؤ Ertinya: Jikalau tidak menyusahkan umat ku sesungguhnya aku hendak memperwajibkan mereka itu bersugi pada tiap-tiap kali hendak sembahyang dan pada satu riwayat pada tiap-tiap kali mengambil wuduk.
Sunat bersugi ketika berubah bau mulut, ketika bangun daripada tidur, ketika kuning gigi, dan sunat pula ketika hendak tidur, ketika mengambil wuduk, ketika membaca hadihs, ketika hendak mati kerana bersugi memudahkan keluar roh dan banyak lagi masa disunatkan bersugi.
Waktu makruh bersugi Orang yang berpuasa dimakruhkan bersugi kemudian daripada gelincir matahari sama ada puasa fardu atau sunat. Berkekalan makruhnya sehinga terbenam matahari. Imam Nawawi telah memilih akan ketiadan makruh samaada sebelum gelincir matahari atau sesudahnya.

Cara bersugi
Disunatkan bersugi dengan tangan kanan dan dimulakan mengosok pada gigi garaham kanan mulut sebelah atas, bawah, luar dan dalam. Hendaklah dilalukan berus gigi atau kayu sugi di atas langit-langit dan gusi dengan perlahan-lahan supaya tidak bedarah. Hendaklah dilalukan pada gigi dan lidah. Sunat mengosok melintang gigi. Makruh mengosuk membujur gigi kerana merosakkan gusi dan berdarahnya.
Alat- alat bersugi Kayu terlebih utama dibuat bersugi daripada lainnya. Kayu yang mempunyi bau yang harum terlebih utama daripada kayu yang tidak mempunyi bau. Kayu arak terlebih utama daripada yang lain kerana ia mempunyai bau yang harum, mempunyi bulu seperti berus dan kerana nabi saw menggunanya; mengiringinya pelepah kurma kerana alat sugi terakhir nabi; mengiringinya kayu zaitun kerana sabda nabi saw: نعم السواك الزيتون من شجرة مباركة تطيب الفم وتذهب بالحفر وهو سواكى وسواك الأنبياء من قبلى
Ertinya: Sebaik-baik berus gigi kayu zaitun ia adalah kayu yang diberi berkat. Ia mengelokkan bau mulut dan menghilang penyakit gigi. Kayu zaitun adalah berus gigi aku dan berus gigi nabi-nabi sebelum aku.

1 comments:

mama_ayu said...

betul tu miswaak mmg satu amalan yang perlu dihidupkan kembali. ianya sgt besar kebaikkan penggunaannya.

Post a Comment