Thursday, October 14, 2010

Isteri adalah amanah Allah


Isteri adalah amanah dari ALLAH bukan pemberian... ...


Mat...mat... .

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau
boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja
setiap hari
untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,'Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu

supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya
Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri
untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku
bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah'

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun
saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan
anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan
menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan
injin kereta dan
bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke
pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam
baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai
dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik
sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa
pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula
mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah.
Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.
Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk
supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan
disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak
berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan
pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan
makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan,
pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu
uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.
Badan pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat
rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak
melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka
suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali
lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,'Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup
lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni.
Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup
dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja'

Sekon yong -kon yong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,'Wahai
Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu
malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari
lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....'

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
...Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk...!! !

~~~~~ 'Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??' Sergah satu
suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil
bertanya,'Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

'Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....'

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan
jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

2 comments:

Post a Comment