Thursday, February 3, 2011
Adab Hari Jumaat Mengikut Sunnah
Hari Jumaat adalah hari yang mulia, dan kaum muslimin di seluruh penjuru dunia memuliakannya. Keutamaan yang besar tersebut menuntut umat Islam untuk mempelajari petunjuk Rasulullah dan sahabatnya, bagaimana seharusnya menyambut hari tersebut agar amal kita tidak sia-sia dan mendapatkan pahala dari Allah ta’ala. Berikut ini beberapa adab yang harus diperhatikan bagi setiap muslim yang ingin menghidupkan syariat Nabi SAW pada hari Jumaat.
1. Memperbanyak Selawat Nabi
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku, para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”* (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)
2. Mandi Jumaat
Mandi pada hari Jumaat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadits Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah bersabda yang artinya, *“Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”* (Shahih HR. Bukhari dan Muslim). Mandi Jumat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Adapun tata cara mandi Jumaat ini seperti halnya mandi janabah biasa (menyiram seluruh anggota tubuh). Rasulullah bersabda yang ertinya, *”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”* (Sahih HR. Bukhari dan Muslim)
3. Menggunakan Minyak Wangi
Nabi SAW bersabda yang ertinya, *”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam mula khutbah, dia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” * (Sahih HR. Bukhari dan Muslim)
4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, *”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”* (Sahih HR. Bukhari). Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, *”Makna hadis ini iaitu para sahabat mula solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat zuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”* (Lihat *Fathul Bari II/388)
5. Sholat Sunat Ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, *”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”* (Sahih HR. Muslim)
6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahawa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.” * (Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)
7. Sholat Sunat Setelah Solat Jumaat
Rasulullah bersabda yang ertinya, *“Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.”* Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata, *“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”* (Sahih HR. Muslim dan Tirmidzi)
8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang artinya, *”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”* (HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau mensahihkannya)
Demikianlah sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad *shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika di hari Jumaat. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqamah di atas jalan-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment