Thursday, September 30, 2010

RASULULLAH SAW, WANG 6 DIRHAM, DAN YAHUDI

Suatu hari Rasulullah SAW bermaksud berbelanja. Dengan bekal wang 6 dirham, beliau hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga…Belum juga sampai di pasar, baginda mendapati seorang anak wanita yang sedang menangis.
Beliau sempatkan bertanya kenapa wanita yg menangis tersebut, “Apa yang menyebabkan anda menangis?”

Anak perempuan itu menjawab, “ Tadi pagi saya diberi wang 2 dirham oleh majikan untuk berbelanja keperluan rumah tangga, akan tetapi wang yang diberikan itu hilang. Saya takut majikan saya akan marah karena pulang tidak membawa apa-apa.” Terlintas dibenaknya akan deraan dari majikannya kerana itulah dia menangis sampai Rasulullah SAW melihatnya. Seketika itu juga Rasulullah SAW mengeluarkan wang 6 dirham dan diberikannya kepada anak perempuan itu. “ Terimalah wang 2 dirham ini sebagai ganti wang majikanmu yang hilang, segeralah belanja keperluan yang diperlukan oleh majikanmu.” Kini wang yang dimiliki oleh Rasulullah SAW tinggal 4 dirham, baginda segera memasuki pasar. Baginda membeli beberapa keperluan rumah serta baju gamis dan pakaian kesukaannya. Semua itu diangkat dan dibawa sendiri oleh baginda , sesampainya di luar terlihat seorang lelaki tua tidak berbaju, bersarung kumal berteriak lantang, “ Barang siapa yang memberikanku pakaian maka aku akan mendo’akannya agar Allah mendandaninya kelak.”

Rasulullah SAW mendekatinya dan memberikan gamis dan pakaian yang baru saja dibelinya, melihat orang yang menyambut dan memberikan apa yang dimintanya itu adalah Rasulullah SAW yang menjadi kekasihnya membuat lelaki itu terpana dan berusaha menolaknya akan tetapi Rasulullah SAW tetap memaksanya dan dipakaikannya gamis dan baju baru tersebut sehingga matanya berkaca-kaca atas pelakuan yang diberikan oleh kekasih Allah tersebut.

Dengan langkah ringan baginda meneruskan langkah kakinya hendak segera pulang, akan tetapi lagi-lagi baginda harus bersabar. Didepannya terlihat anak perempuan yang diberi dua dirham tersebut sedang menunggunya, anak tersebut mengadukan bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya karena terlambat. Sebagai budak saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fizikal sudah sangat lazim diterima. Maka dengan senang hati, baginda menghantar anak perempuan tersebut ke rumah majikannya.

Rasulullah berjalan di muka anak perempuan itu, baginda mengikuti setiap petunjuk yang diberikan untuk menuju rumah majikannya. Bila anak itu memberitahu belok ke kiri, maka Rasulullah SAW pun belok ke kiri. Sesampainya di rumah majikan tersebut, beliau mengucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawaban. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah.

“ Mengapa kamu tidak menjawab salamku, salam yang ketiga baru dijawab?” Tanya Rasulullan SAW.

“ Ya Rasulullah, salam anda itu adalah do’a kerana itu kami ingin dido’akan oleh kekasih Allah.” Jawab penghuni rumah.

Rasulullah SAW segera menyampaikan maksud kedatangnya, mendengar hal tersebut penghuni rumah segera berkata.” Ya Rasulullah, Kami tidak akan menghukum budak kami kerana dia lebih mulia daripada kami. Dia telah berjalan dengan kekasih Allah sedangkan kami belum pernah sekalipun, sudah sejak tadipun kami telah memerdekakan budak tersebut kerana Allah.”
Betapa bahagianya Rasulullah mendengar hal tersebut, baginda bersyukur dengan wang 6 dirham mendapatkan keuntungan ribuan dirham yakni harga budak itu sendiri. Beliau berkata, “Tiadalah aku melihat 6 dirham demikian besar berkatnya dari pada 6 dirham yang ini. Allah telah memberi ketenteraman bagi orang yang ketakutan, memberi pakaian orang yang telanjang, dan membebaskan seorang budak hamba.”

Akhirnya, rahmat dan kasih sayang, bantuan dan pertolongan kepada masyarakat bawah akan mendatangkan kesejahteraan dan kemajuan. Allah berfirman dalam sebuah hadits Qudsyi. “Bahwasanya Allah menolong hamba-Nya, selama ia menolong saudaranya.”

Dari cerita tersebut dapat kita lihat semua, betapa mulia dan kasihnya Rasulullah SAW terhadap sesama manusia. Baginda tidak memandang kedudukan dan darjat seseorang, lihatlah apa yang telah dilakukan terhadap seorang budak yang mungkin di mata kita tidak berharga sama sekali akan tetapi Rasulullah SAW tetap memperhatikannya. Kerana itu sudah sepatutnya kita mencontohi akhlak beliau, bila kita memiliki kereta dan kita mengupah saudara kita untuk memandu maka janganlah kita menyebutnya “ itu pemandu/driver kita” akan tetapi katakanlah “ saudara saya yang membantu/menolong untuk menghantarkan saya ke destinasi”.

Selain itu juga, hikmah lainnya adalah setiap kita berbelanja di pasar, kedai atau dimanapun janganlah kita meminta tolong orang lain untuk membawakan barang belanjaan kita. Contohlah Rasulullah SAW, baginda membawa sendiri barang belanjaannya begitu juga yang telah diikuti oleh para sahabat lainnya.

Setiap peri kehidupan Rasulullah SAW adalah contoh bagi kita semua, kita lihat bahwa hidup Rasulullah sangat sederhana padahal beliau adalah seorang pemimpin umat dan kekasih Allah SWT. Apapun yang dimintanya pasti Allah akan mengabulkannya.

Suatu hari ada seorang yahudi yang memiliki suatu persoalan, ia segera berjalan menuju rumah Rasulullah SAW. Di tengah jalan ia bertemu dengan Rasulullah, segera saja ia menyampaikan maksud dan tujuannya. Rasulullah segera kembali menuju rumah bersama yahudi tersebut akan tetapi ditengah jalan ada seorang wanita tua menahan baginda untuk bertanya beberapa masalah, Rasulullah segera berhenti dan mendekati wanita tua itu sambil menundukkan kepalanya mendengarkan setiap perkataan yang dikeluarkan oleh wanita tersebut. Yahudi itu melihat Rasulullah SAW begitu sabarnya melayani dan mendengarkan wanita tua itu walaupun pertanyaan itu hanya diulang-ulang, sampai puas barulah baginda meneruskan kembali perjalanannya.

Sesampainya di rumah, Rasulullah SAW mempersilakan yahudi masuk. Ia tidak melihat ada apa-apa di rumah Rasulullah SAW yang ketika itu menjadi seorang pemimpin, hanya ada satu tikar kecil dari pelepah kurma yang hanya cukup untuk satu orang.
Rasulullah SAW mempersilakan yahudi tersebut untuk duduk diatas tikar tersebut, yahudi itu menolaknya akan tetapi Rasulullah SAW tetap memaksanya kerana ia adalah tamunya. Akhirnya orang yahudi itu, berkata, “ Ya Muhammad, tadinya saya akan menyangka kalau anda tidak akan memperlakukan saya dengan baik karena perbezaan keyakinan. Sungguh mulia akhlakmu, saksikanlah wahai kekasih Allah mulai saat ini saya akan mengikuti ajaranmu. “ Saat itu juga ia mengucapkan dua kalimat syahadat.

Betapa mulianya sifat rasullullah....

0 comments:

Post a Comment