Thursday, April 12, 2012
Rahsia Khusyuk dalam Solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia sering risau kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku bersiap solat dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh cermat dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku fahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Tatkala Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Wednesday, April 11, 2012
KISAH CINTA DARI CHINA
Satu kisah cinta pada tahun 2006 dari China yang menyentuh seisi dunia.
Kisah ini adalah kisah seorang lelaki dan seorang wanita yang lebih tua, melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.
Lelaki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam rumah yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya.
50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama
Xu Chaoqin ....
Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan bahawa Xu sudah ada beberapa anak....
Pada waktu itu masih tidak diterima dan dianggap tidak bermoral apabila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua. Untuk menghindari fitnah dan celaan dari sekelilingnya, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gunung di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.
Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa-apa, tidak ada elektrik mahupun makanan. Mereka terpaksa makan rumput-rumput dan akar-akar yang mereka cari di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi rumah mereka.
Xu selalu berasa bahawa dia telah mengikat Liu dan berulang-kali bertanya,"Apakah kau menyesal?" Liu selalu menjawab, "Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik". Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga supaya isterinya dapat turun gunung dengan mudah selama 50 tahun.
Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekumpulan pengembara (adventurers) melakukan ekspedisi ke hutan itu. Mereka sangat terkejut dan hairan menjumpai pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.
Liu Ming Sheng, salah seorang daripada 7 orang anak mereka mengatakan, "Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun dia tidak terlalu sering turun gunung.
Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.
"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluikun, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?"
Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenasah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.
Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly.
Kerajaan China telah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka dijadikan sebagai muzium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.
p/s : artikel ini bukan untuk menggalakkan pasangan melarikan diri dari rumah, tetapi menagmbil pengajaran yang positif yang ada pada pasangan ini.
Pasir dan Batu
Dikisahkan bahwa ada dua orang sahabat sedang melakukan perjalanan menyeberangi padang pasir. Pada suatu tempat, mereka terlibat dalam perdebatan sengit, sahabat yang satu menampar muka sahabat yang lain.Sahabat yang ditampar merasa terluka hatinya.
Tanpa mengucapkan sepatah kata, ia menulis di pasir :
“HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPARKU”
Mereka lalu melanjutkan perjalanan.
Dan dalam perjalanan berikutnya, mereka menemukan danau lalu mandi di danau tersebut.
Orang yang ditampar tadi terjebak dalam lumpur hisap dan mulai tenggelam.
Sahabatnya pun datang menolong.
Setelah berhasil diselamatkan ia menulis di atas batu :
“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKANKU”
Temannya berkata, “Tadi kau menulis di pasir, sekarang kau menulis di atas batu, mengapa ?”
Ia pun menjawab,
“Jika seseorang melukai hati kita, sebaiknya kita menulis kejadian itu di atas pasir agar angin pengampunan dapat menghapusnya. Namun, bila seseorang berbuat baik kepada kita, hendaknya kita mengukir peristiwa itu di batu sehingga angin takkan pernah dapat menghapusnya.”
Saudaraku…..
Jadilah pribadi yang mudah untuk memaafkan kesalahan-kesalahan seseorang kepada kita sebagaimana Allah SWT berfirman :
"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)
... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)
Adapun berbuat baik Allah SWT berfirman :
"Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri...(QS.Al Isra' : 7)
Saudaraku Tanamkanlah sifat-sifat ini pada diri kita…mulailah dari sekarang
Monday, April 9, 2012
Bahagianya Bertudung Labuh
Kisah ini ditulis oleh seorang pelajar universiti tempatan mengenai pengalamannya mengenakan tudung labuh sebagai pakaian harian. Semoga para muslimat beroleh manfaat daripada kisah beliau.
Saya tak tahu macam mana nak mulakan kisah saya, tetapi saya cuba untuk berkongsi pengalaman saya. Dulu, saya seorang yang suka sangat berfesyen dan mekap. Semua pakaian-pakaian saya mengikut fesyen-fesyen terkini dan suka membazir duit dengan membeli pakaian-pakaian ini. Saya suka sangat untuk berhias dan kelihatan cantik supaya dapat menarik perhatian. Saya sedar perbuatan saya salah, malah sahabat-sahabat saya selalu menasihati saya supaya tidak berlebihan dan tidak memakai pakaian yang ketat-ketat dan cuba menutup aurat. Saya tidak memarahi mereka malah saya tersenyum kerana saya tahu salah saya. Saya faham dengan hukum agama tetapi saya enggan mengikutinya.
Satu hari, (masa itu dalam cuti semester) saya tiba-tiba berasa lemah-lemah badan, tiada selera makan, tidak boleh tidur. Sebulan saya sakit begini. Saya tidak bagitahu keluarga saya tentang keadaan saya. Dalam fikiran saya, saya fikir yang saya akan mati. Saya menjadi lemah semangat dan sangat takut. Saya takut dengan kematian, takut dengan azab seksaan kubur dan takut dengan azab neraka. Saya mula suka termenung. Dalam fikiran saya, saya fikir nanti bila saya dah mati mesti banyak aib saya yang orang boleh nampak. Saya tak nak mati dalam keadaan suul khatimah. Saya tak nak. Dalam masa itu, saya banyak berbuat solat taubat, membaca Al-quran dan membaca buku agama. Andai kata jika masa itu, saya dijemput ALLAH biarlah dalam keadaan yang baik.
Family dapat merasa perubahan diri saya yang selalu termenung, selalu tidur lewat dan kurang selera makan. Saya ingat pada masa itu, mak bertanya kenapa sejak akhir-akhir ini saya berkelakuan pelik. Tanpa saya sedari, saya menangis dan meminta ampun pada emak supaya maafkan segala kesilapan saya. Saya dapat rasakan yang saya akan mati dan saya merasa kesakitan yang tak pernah saya rasa. Saya berasa sangat sejuk ketika itu dan badan saya menggigil. Air mata tak henti-henti mengalir kerana menyesal dengan apa yang saya sudah buat dulu. Sungguh saya menyesal tidak mendengar nasihat kawan-kawan saya, tidak menurut perintah ALLAH dengan menutup aurat dengan sempurna. Emak dan adik-beradik saya risau melihat keadaan saya ketika itu. Emak menangis kerana mungkin dalam fikiran dia, saya bakal dijemput Tuhan nanti. Kak long tenteramkan mak dan bawa saya ke pusat perubatan as-syifa di Bangi. Ustaz disana banyak tarbiahkan saya dan memberi air minuman yang sudah dibaca dengan ayat-ayat yang khusus supaya dapat memulihkan semangat saya.
Alhamdulillah, beberapa minggu kemudian saya pulih dan sejak dari itu saya berazam untuk berubah.
Pada awalnya, saya tidak tahu macam mana untuk berubah. Tetapi, sahabat-sahabat saya banyak membantu saya untuk berubah. Mereka mula mengajak saya mengikuti kelas-kelas agama dan banyak menasihati saya. Terus terang saya cakap, hari pertama saya menyarung tudung labuh, saya mempunyai rasa malu, ragu-ragu dan takut-takut. Apabila saya fikir semula sampai bila saya nak jadi macam dulu. Pakaian pakaian yang singkat, ketat, bertudung tapi tak mengikut syarak. Saya bertudung labuh kerana ALLAH, semoga ALLAH sentiasa melindungi saya. Selepas dari itu, saya mula merasa nikmat yang tidak dapat gambarkan. Kini, saya mula selesa bertudung labuh dan berpakaian labuh. Biarlah orang kata saya kuno, tidak cantik dan sebagainya asalkan hati saya tenang dan berasa selamat. Saya tidak sanggup lagi merasa kesakitan itu untuk kali kedua walaupun saya tahu mati itu terlalu sakit. Mungkin dengan kesakitan yang saya rasai dulu, adalah salah satu peringatan yang ALLAH bagi untuk sedarkan saya.
Bilal bin Rabah menziarahi Rasulullah SAW
Ketika Rasulullah wafat, keadaan para sahabat baginda tergamam tidak terkata apa-apa. Bahkan ada yang hilang kewarasannya. Umar al-Khattab mengembarkan pedangnya dan mengugut sesiapa yang mengatakan Rasulullah telah wafat. Uthman Affan terus mengunci bicara. Ada sahabat yang meninggal dunia mendengar berita itu. Tapi Bilal pula terus meninggalkan Madinah.
Pada suatu hari Bilal bin Rabah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Rasulullah menyatakan bahawa Bilal sudah lama tidak menziarahinya. Lalu Bilal pulang ke Madinah . Apabila Bilal pulang, sahabat-sahabat rindu hendak mendengar azannya, lalu meminta dia azan.
Akhirnya Bilal melaungkan azan sebagaimana dia sering mengalunkan azan ketika masih bersama Rasulullah SAW. Ketika dia mengalunkan azannya, semua orang yang pernah hidup pada zaman Rasulullah keluar dari rumah, mereka seakan-akan terpana dengan azan Bilal dan seperti kembali ke zaman Rasulullah masih hidup. Hingga ada yang berkata, "Adakah Rasulullah telah hidup kembali?"
Tiba-tiba azan Bilal terhenti apabila sampai pada kalimah "Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah Rasulullah" dan dia menangis dengan penuh hiba. Bagi Bilal, seakan-akan masih basah ingatannya bahawa selepas dia azan, Rasulullah akan bersama para Muslimin untuk bersolat. Seluruh Madinah ketika itu basah dengan airmata bersama Bilal.
Saat-saat terakhir Rasulullah SAW
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut.
Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw, Malaikat Maut itupun berkata:
"Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggalkan dia di langit dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw:"Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"
Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Friday, April 6, 2012
19 Tanda Kematian yang mulia
Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)
Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib r.a (bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya). (Hadis Sahih)
Ketiga: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w (tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur).
Keempat: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: (Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurnia-Nya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman). (Surah Ali Imran ayat 169-171)
Rasulullah s.a.w bersabda: “(Orang yang syahid mendapat kan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, dijauhkan dari seksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari syurga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “(Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh di jalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit ). Mereka berkata: Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?
Baginda berkata: (Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid).”
Keenam: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda: (Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim).
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Kelapan dan kesembilan: Mereka yang mati kerana teng gelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: (Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah).
Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit r. a bahawa Rasulullah s.a.w menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku? Mereka berkata: Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid. Beliau berkata: (Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).
Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: (Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid).
Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid). (Hadis Hasan)
Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid).
Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di perbatasan)
di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan di amankan dari fitnah).
Kelapan belas: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Barang siapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah meng harapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga).
Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Penghulu para Syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuh nya) Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya dan Al Khatib.
Sama-samalah kita berdoa agar kita sama termasuk dalam senarai di atas. Amin Ya Rabbal ‘aalamin
(Tulisan Ustaz Zawawi Yusoh)
Kisah Mangkuk Cantik, Madu & Sehelai Rambut
Rasulullah sallallahu'alayhiwassalam bersama sahabat-sahabatnya Saidina Abu Bakar r.a. Saidina Umar r.a. dan Saidina Usman r.a.bertamu ke rumah Saidina Ali r.a. Di rumah Saidina Ali r.a., isterinya Saidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.
Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga-tiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).
Saidina Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Saidina Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sukar dari meniti sehelai rambut".
Saidina Usman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Saidina Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Saidatina Fatimah r.ha. berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih susah dari meniti sehelai rambut".
Malaikat Jibril a.s. berkata, "menegakkan bahagian-bahagian agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Allah Taala berfirman, " SyurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurgaKu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".
Tuesday, April 3, 2012
MALAIKAT MAUT MENGUNJUNGI NABI IDRIS A.S
NABI dan Rasul kedua ialah Idris, seorang yang sabar dan mempunyai martabat inggi. Dia diutuskan Allah untuk memberikan petunjuk kepada keturunan Qabil supaya bertaubat daripada kekufuran.
Nabi Idris dan pengikutnya menyeru makhluk Allah untuk melakukan perkara baik dan mencegah kemungkaran.
Dia termasuk golongan rasul yang wajib diimani setiap orang Islam dan kisahnya dijelaskan Allah melalui al-Quran.
Misalnya, dalam surah Maryam: “Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut) di dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
Nama penuhnya, Idris bin Yarad bin Mahlail. Keturunan daripada Syits bin Adam. Dia termasuk seorang nenek moyang Nabi Nuh, menjadi orang pertama dari keturunan Nabi Adam yang diberi darjat.
Pada masa remaja, Idris belajar dengan Syits dan ketika mencapai usia dewasa diangkat menjadi nabi, lalu dia mulai berdakwah dengan melarang kaumnya melanggar syariat Nabi Adam dan Syits, namun tidak ramai yang taat.
Kemudian dia berniat untuk berhijrah, meninggalkan negeri itu dengan menyeru bersama pengikutnya yang sedikit. Mereka keberatan meninggalkan negeri itu lalu berkata kepadanya: “Jika kita pergi dari sini, di mana lagi kita akan menemui negeri yang sama (Babil).”
Idris menjawab: “Jika kita berhijrah kerana Allah, kita akan mendapat rezeki lain.”
Kemudian, Idris dan pengikutnya berhijrah ke Mesir dan melihat Sungai Nil, lalu berhenti di sungai itu dan bertasbih kepada Allah. Selepas itu, mereka menyeru manusia supaya menyembah Allah dan berakhlak mulia.
Idris dan pengikutnya tinggal di Mesir selama 82 tahun kemudian Allah mengangkat ke sisi-Nya, seperti firman-Nya: “Dan kami mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
Nabi Idris adalah orang pertama yang menulis dengan kalam. Dia sempat berjumpa dengan Nabi Adam selama 308 tahun kerana umur Adam panjang, iaitu 1,000 tahun.
Ketika berdakwah, dia menggalakkan kehidupan zuhud, menyuruh umatnya melakukan solat, puasa, menunaikan zakat dan bersuci daripada hadas, selain mengharamkan minuman keras.
Dia adalah orang pertama yang mengajarkan ilmu politik peradaban dan menetapkan rancangan pembangunan kota. Setiap kumpulan dalam kaumnya mula membangunkan kota, hingga terbina 188 kota ketika itu.
Disebabkan amalan Nabi Idris banyak diterima setiap hari, dia diangkat ke syurga. Malaikat Maut sangat cinta dan merinduinya, lalu meminta izin daripada Allah untuk mengunjungi Idris.
Ketika Malaikat Maut yang menyerupai manusia mengunjungi Idris, dia ketika itu sedang berpuasa sepanjang tahun. Justeru, menjelang waktu berbuka, malaikat datang membawa makanan dari syurga untuk Idris.
Nabi Idris memang rajin melakukan ibadah. Pada satu ketika mengerjakan ibadah, Malaikat Maut menunggu di sampingnya, sehingga terbit fajar dan matahari. Malaikat Maut yang menyerupai lelaki itu masih duduk di sampingnya.
Kemudian mereka berjalan bersama dan meneruskan perjalanan selama empat hari dan sepanjang tempoh itu Nabi Idris melihat banyak keanehan daripada malaikat berkenaan, yang sangat berbeza dengan manusia biasa.
Oleh itu Idris bertanya: “Siapakah engkau ini sebenarnya?”
Malaikat Maut menjawab: “Saya Malaikat Maut.”
Idris bertanya: “Apakah engkau ini yang akan mencabut nyawa setiap orang?”
Malaikat berkata: “Ya”
Idris bertanya lagi: “Selama empat hari engkau bersamaku, apakah engkau juga mencabut nyawa orang?”
Malaikat Maut menjawab: “Ya, saya mencabut beberapa nyawa dan sesungguhnya jiwa makhluk itu untukku, sama seperti hidangan di depan saya atau seperti engkau menghadapi sesuap makanan.”
Nabi Idris berkata: “Wahai Malaikat Maut, apakah engkau datang ini sekadar berkunjung atau mencabut nyawa saya?”
Malaikat berkata: “Saya datang hanya untuk berkunjung dengan izin Allah.
Idris berkata: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai keinginan denganmu.”
Malaikat berkata: “Apakah keinginan itu?”
Idris berkata: “Keinginan saya, supaya engkau mencabut jiwa saya, kemudian Allah menghidupkan saya kembali, sehingga saya dapat beribadah kepada Allah selepas saya merasakan sakratulmaut.”
Malaikat berkata: “Sesungguhnya saya tidak mencabut nyawa seseorang, melainkan dengan izin Allah.”
Selepas itu Allah memberikan wahyu supaya mencabut nyawa Nabi Idris. Malaikat Maut mencabut nyawa Nabi Idris ketika itu juga dan Idris meninggal seketika. Malaikat Maut menangis dan memohon ampun kepada Allah, supaya Dia menghidupkan kawannya (Idris).
Allah menerima permintaan itu, lalu menghidupkan kembali Nabi Idris. Kemudian malaikat berkata: “Wahai saudaraku, bagaimana rasanya maut yang engkau hadapi?”
Idris berkata: “Sesungguhnya, seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup, rasa sakit menghadapi maut itu lebih 1,000 kali gandanya.”
Malaikat berkata: “Secara hati-hati dan tidak kasar yang saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah saya lakukan terhadap orang lain.”
Kemudian Nabi Idris juga diberikan keizinan bersama Malaikat Maut meninjau neraka jahanam dan syurga.
Apabila dapat masuk ke syurga, dia meletakkan kasutnya di bawah pokok. Kemudian dia keluar dari syurga, lalu berkata: “Wahai Malaikat Maut, kasut saya tertinggal di dalam syurga, hantarkan saya ke dalamnya.”
Lalu dihantar kembali Nabi Idris ke syurga dan kali ini dia tidak mahu keluar. Malaikat Maut berkata: “Wahai Idris, keluarlah.”
Dijawabnya Idris: “Saya tidak akan keluar kerana Allah sudah berfirman, setiap orang itu merasakan sakratulmaut. Dan sesungguh saya sudah merasakan maut.
Kemudian, Allah mewahyukan kepada malaikat, supaya meninggalkan Idris: “Tinggalkanlah dia (Idris), sesungguhnya Aku telah memutuskan pada zaman penciptaannya dulu, sesungguhnya dia (Idris) termasuk ahli dan keluarga syurga.”
Sumber : aki2004.wordpress.com
Monday, April 2, 2012
Jenis-jenis Hati
Sebaik-baiknya hati adalah yang bersih suci dari keburukan, yang tunduk kepada yang haaq (kebenaran) dan petunjuk yang diliputi kebaikan. Di dalam Hadits dikatakan,
Hati itu ada 4 macam :
1. Hati yang tidak berselaput, di dalamnya terdapat pelita yang menerangi. Ini hati orang mukmin.
2. Hati yang hitam tak tentu tempatnya. Ini hati orang kafir.
3. Hati yang terbelenggu diatas kulitnya. Ini hati orang munafik.
4. Hati yang mendatar, padanya terdapat iman dan nifaq (kemunafikan).
Perumpamaan iman yang meliputinya seperti batang tumbuhan yang disirami air tawar. Sedangkan perumpamaan nifaq seperti setumpuk kudis yang diselaputi nanah dan darah busuk. Maka yang mana di antara keduanya berkuasa, kesitulah hati tertarik.
Hati yang ke-4 inilah yang terdapat pada kebanyakan kaum muslimin. Amalnya bercampur aduk sehingga keburukannya lebih banyak daripada kesempurnaannya. Dalam Hadits lain dikatakan,
“Sesungguhnya iman itu bermula muncul di dalam hati sebagai sinar putih, lalu membesar, hingga seluruh hati menjadi putih. Sedangkan nifaq itu bermula muncul di dalam hati seperti noda-noda hitam, lalu menyebar, hingga seluruh hati menjadi hitam.”
Sesungguhnya iman akan bertambah dengan cara menambah amal saleh disertai keikhlasan. Sedangkan nifaq akan bertambah dengan cara mengerjakan amal buruk, seperti meninggalkan perkara wajib dan melakukan larangan agama. Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah SAW,
“Barangsiapa melakukan dosa, maka akan tumbuh dalam hatinya setitik hitam. Jika ia bertobat, maka terkikislah titik hitam itu dari hatinya. Jika ia tidak bertobat, maka menyebarlah titik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.”
Hal ini sesuai dengan firman Allah,
“Sekali-kali tidak, sebenarnya apa yang mereka selalu kerjakan itu menutupi hati mereka.” (QS. 83:14)
Seorang manusia tidak akan ditimpa suatu musibah, kecuali karena dosanya sendiri. Sebagaimana dikatakan di dalam Al-Qur’an,
“Dan musibah apa saja yang menimpa kamu maka itu disebabkan oleh perbuatanmu sendiri.” (QS. 42:30)
Maka dari itu, hendaklah kita berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalam dosa. Jika pun sudah terlanjur, maka hendaklah bersegera bertaubat. Bukankah dikatakan di dalam Al-Qur’an,
“Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka itulah orang-orang yang zalim.” (QS. 49:11)
“(Dialah) Yang mengampuni dosa dan menerima taubat, Yang pedih siksanya, Yang mempunyai karunia. Tiada tuhan selain Dia dan hanya kepada-Nya-lah tempat kembali.” (QS. 40:3)
“Dan tiada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang kembali kepada Allah. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ibadah kepada-Nya.” (QS. 40:13-14)
[Dipetik dari Nashoih Diniyyah, Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad]
Subscribe to:
Posts (Atom)