Sunday, January 30, 2011

Orang Tabligh



Orang Tabligh,Lari!!! Lari!!! Orang Tabligh datang,
Yang tadi ramai,
sekelip mata je dah ilang,
Yang tadi segar- bugar dah tidur terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh...betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya kerja senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata takde duit,
nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain
Mla datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh,
dakwah ni setakat cakap je memang la senang,
Cuba buat,
memang nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong-bondong orang datang.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Semua nak ditemu,
Nak diajak pada Allah yang satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawa periuk belanga,
Dipandang orang setakat sebelah mata,
Dituduh jahil,
tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih juga telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena,
Dituduh dusta,
dipanggil gila,
Itu Nabi,
apatah lagi kita,
Yang banyak salah,
yang banyak dosa,
Takpe-takpe,
Allah kan ada,
Yang Maha Mengetahui,
yang mana intan,
yang mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Memang tengah nak belajar-belajar tiru sahabat (r.anhum) yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana-mana,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza-beza,
Tapi boleh makan dalam dulang yang sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .keluar pula air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan,
memang ada banyak lagi,
Kekadang tu kena juga perli,"Kita sekarang kan di zaman IT,
tak main la sunnah-sunnah ni!
"Jangan la macam tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, siapa yang rugi?
Kan diri sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan family,
Kalau nak ikutkan hati, memang nak dok rumah,
bergurau dgn bini,atau ajak anak main lari-lari,
Atau layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan) ,bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam-malam doa hidayat,
Fikir risau,bagaimana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang-senang dapat,
Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat,
dan tak mau pula jumpa masyarakat,
Hanya sibuk buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best Ummat".
Orang Tabligh,"Apsal la ulama India yang jadi ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yang bawa kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yang Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jangan bimbang still sendiri punya pegangan,
So tak jadi masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yang dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yang si isteri mati-mati tak nak suami dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar macam air pili,
"Kalau abg nak pergi juga, hantar saya balik kampung esok pagi!!"
Heh, orang laki memang lemah bab air mata ni,
Si suami pun letak balik beg,
tak jadi pergi,
Yang tadi josh (bersemangat) tak ingat pun,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes-kes camni memang banyak terjadi,
Boleh tengok dengan mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab duniawi (cth : kursus naik pangkat)"no prob, anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji,
Wife mana la yang tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia,tak payah diajak pun semua pakat-pakat reti,
Bab akhirat,
masing-masing buat tak kesah,
tak ambil peduli,
Ya Allah selamatkanlah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah tera,
Tak juga nak kafirkan siapa-siapa,
Atau sibuk-sibuk pergi minta derma,
Cuma nak amalkan agama yang sempurna,
Dengan korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia semuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dalam syurgaNya,
Itu saja...
Orang Tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
..pakai selipar jepun sahaja...Ikhlas..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar,
macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........
..Sayangkan bini tingal-tinggalkan.
..sayangkan anak...rotan digantungkan. .
....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga,
anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mahu ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadinya...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mahu ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke Malaysia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang-campinglah, berbaulah..itu mungkin segelintir & cerita lama.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,

he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.

Wednesday, January 26, 2011

Khasiat Habbatus Sauda


Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

7 ciri-ciri nilai pemakanan utama Habbatus Sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

~ amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.

2.
Sistem Imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3.
Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4.
Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6.
Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7.
Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Tuesday, January 25, 2011

Didikan awal bayi (amalan ketika mengandung)

1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung

o Al-Fatihah dan ayat Kursi
o Seluruh surah Yassin
o Seluruh surah At-Taubah
o Seluruh surah Yusuf
o Seluruh surah Luqman
o Seluruh surah Maryam

o Surah An-Nahl ayat 78

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

o Surah Al-A'raf ayat 189

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
Link laman-laman web Al-Quran

* Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
* Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.

4. Membaca doa

o Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

o Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

o Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

o Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

- Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

- Adab suami terhadap isteri

1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Sunday, January 16, 2011

7 Kalimat Untuk Diamalkan



Barangsiapa hafal 7 kalimat, dia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walaupun seluas laut.

1. Menyebut Bismillah pada tiap-tiap hendak melakkan sesuatu.

2. Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Menyebut Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Menyebut Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu pada hari esok.

5. Menyebut La haula wala kuwwata illa billah.

6. Menyebut Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Menyebut Laa ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan menjadi rutin harian.

Thursday, January 13, 2011

10 Peringatan Bumi

Berkata Anas Bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara :-

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku. tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.