Monday, June 20, 2011

TAUBAT


Usin, Mat dan Ali adalah tiga sekawan yang terkenal di kampung mereka kerana pekerjaan mereka yang selalu menyusahkan orang kampung, suka melepak di merata-rata tempat dan aktif dalam mengganggu anak dara orang lain. demi menampung kehidupan mereka, mereka juga menjalankan kegiatan pecah rumah secara sambilan. setakat ini, sudah separuh daripada rumah-rumah di kampung mereka berjaya di'pecah masuk'kan oleh mereka tanpa kantoi walau sedikit pun. rumah yang selalu menjadi mangsa tetap mereka adalah rumah tok ketua. rumah tok ketua selalu menjadi mangsa walaupun tok ketua telah memasang alat penggera keselamatan yang selalu digunakan oleh bintang-bintang hollywood.

pada suatu hari, usin dan mat bertemu di kedai kopi, salah satu 'port' kebiasaan mereka. mereka kelihatan berbincang sesuatu yang amat penting kepada masa depan mereka.

"mat, macammana malam ni? jadi tak?" tanya usin.
"aku no hal...malam ni kena buat gak walau camna sekali pun. duit aku dah kering giler nih" kata mat sambil menghirup kopi suam milik Pak Mail yang duduk di meja sebelah. Pak Mail hanya diam seribu bahasa. "lagipun ko jangan bimbang. memang aku sure yang tokey lim tu bawak balik duit dalam beg james bond dia tu petang semalam. lagipun aku nampak dia kat bank sebelum tu." sambung mat lagi.

"kalu camtu bagus la. lagipun sebenarnya, aku bukan nak sangat pecah rumah tokey lim tu. cuma nak didik dia sikit. apa akibatnya kalau bawak duit yang banyak dari bank tapi tak cover. kan bahaya tu. cover la sikit duit tu..." kata usin dengan tenang sambil menyandar di tiang kedai kopi. "aku nak bagi pengajaran sikit supaya tidak terikut-ikut oleh warga penduduk kampung ini..." sambung usin lagi.

"tapi masalahnya, mana si ali ni? kalu dia takde payah la. aku bukan tau nak pecah rumah ni. tu kepakaran dia. kepakaran aku mengesan barang-barang berharga je.."
"tulah pasal. aku pun bukan reti nak pecah rumah. setakat angkat barang-barang tu pandai la."

setelah lama menunggu ali di kedai kopi tesebut, mereka menjadi bosan dan mengambil keputusan untuk mencari si ali. mereka pun segera beredar dengan menaiki kapcai milik usin dari kedai kopi tersebut sambil dipandang oleh Pak samad, pemilik kedai kopi. "dah dekat seribu ringgit hutang mereka kat aku..." detik hati pak samad. tanpa disedari, air mata pak samad mengalir perlahan di pipinya.

setelah lama round satu kampung, akhirnya mat dan usin terserempak dengan ali yang sedang duduk di bangku bawah pokok.

"laa. kat sini ko rupanye. habis satu kampung kitorang tawaf nak cari ko tau tak? abis 2 ringgit minyak aku. takpe, aku halalkan. so, camna nak pecah rumah malam ni?" ujar si mat dengan bertubi-tubi tanpa mematikan enjin kapcai terlebih dahulu.

"aku TAUBAT." kata ali. ringkas dan bersahaja.

mat dan usin terkejut. tanpa berkata apa-apa, mat terus masuk gear satu dan segera beredar dari situ. mat dan usin akhirnya memberhentikan motosikal di halaman rumah mat. mereka duduk melepak di tangga dan segera berbincang.

"nasib baik kita cepat lari mat, sebelum kita kena dengar ceramah agama si ali tu nanti..."
"tulah pasal usin. keluar je perkataan 'taubat' tu terus aku masuk gear. aku tau mesti dia akan bagi ceramah pas tu.."
"tapi, apsal si ali tu tiba-tiba berubah? sebelum ini ok je. takde tanda-tanda pun.."
"mungkin...si ali tu dah dapat hidayah. dah terbukak hatinya..." kata mat sambil memandang usin.

usin terdiam seketika selepas mendengar kata-kata mat. kemudian dia bersuara, "ali dah berubah. kita bila lagi agaknya? aku sebenarnya tak nak hidup macam ni selama-lamanya. aku nak jugak cari rezeki secara halal..."
"aku pun sama. nak jugak dapat rezeki yang halal. tak nak macam ni selama-lamanya..."

sesi perbincangan usin dan mat sepi seketika. suasana senja yang dihiasi sekawanan burung yang terbang ke sarang masing-masing itu menambahkan lagi mode kesepian mereka. tiba-tiba, usin memecahkan kesepian tersebut..

"baiklah. aku dah buat keputusan. aku nak berubah. aku nak bertaubat. tak nak buat kerja-kerja macam ni lagi. aku nak ikut macam ali. mat, amacam? join aku?"
"of cos. kita semua kan kamcing. " kata mat sambil memegang bahu usin.....


***********

sebelum maghrib, di suatu kawasan dalam kampung kelihatan ali sedang berjalan perlahan-lahan menuju rumah si mat dengan dahi yang berkerut. "jadi ke tak malam ni? tadi beriya-iya ajak aku. tanya aku camna nak pecah rumah malam ni. aku pun kata la aku TAU BUAT. tiba-tiba diorang blah. apa kes ni? tak paham betul aku..??" ngomel ali sendirian.

tiba-tiba ali ternampak usin dan mat yang bersongkok dan berkain pelikat berjalan menuju ke arah surau. ali terkejut melihat keadaan tersebut. hati ali tiba-tiba menjadi sayu..

"nampaknya diorang dah berubah.. sebab tu diorang nampak macam pelik tadi. ish, tak boleh jadi nih. diorang da mula berubah. aku pulak bila? tak kan aku nak terus hidup macam ni lagi? aku nak jugak rasa rezeki halal..." monolog ali sendirian.

dengan pantas, ali berlari pulang ke rumah. setelah mandi dan memakai songkok serta kain pelikat, ali perlahan-lahan berjalan menuju ke surau...

azan maghrib sudah mula berkumandang....


credit: majalah ujang

Tuesday, June 14, 2011

Blair akui kehebatan al-Quran


LONDON: Tony Blair berkata beliau kini lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuat dirinya lebih memahami mengenai iman.

“Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global,” katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang jelas atau panduan yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalah kitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

“Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan,” katanya.
Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri di London pada 2005 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. – Agensi

Saturday, June 4, 2011

Lapan Perkara dari Lapan Jenis Manusia


Kata sesetengah Ulama :

Sesiapa yang duduk bersama lapan jenis manusia ini, Allah SWT akan tambahkan baginya dengan lapan perkara:

1) Sesiapa duduk bersama pembesar-pembesar, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat membesar diri dan keras hati.

2) Sesiapa duduk bersama golongan orang kaya, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat tamak akan dunia.

3) Sesiapa duduk bersama golongan orang faqir, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT.

4) Sesiapa duduk bersama kanak-kanak, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat suka bermain-main.

5) Sesiapa duduk bersama perempuan, Allah SWT akan tambahkan kepadanya kejahilan dan nafsu syahwat.

6) Sesiapa duduk bersama golongan orang soleh, Allah SWT akan tambahkan kepadanya sifat suka beribadat.

7) Sesiapa duduk bersama ulama, Allah SWT akan tambahkan kepadanya ilmu dan warak.

8) Sesiapa duduk bersama golongan orang fasiq, Allah SWT akan tambahkan kepadanya dosa dan menangguhkan taubat.

Maka pilihlah apa yang engkau kehendaki sekiranya engkau mempunyai akal dan hati.